Add wechat/ IG/Facebook/Google+: abeurut

phone: 01112551590

Home Top Ad

Cara urut belakang bermula di pangkal tulang punggung. Sapukan minyak seluruh belakang dan punggung. Urut tulang punggung sebelah ...

Urut belakang



Cara urut belakang bermula di pangkal tulang punggung.

Sapukan minyak seluruh belakang dan punggung.

Urut tulang punggung sebelah atas tersebut sekejap,

Kemudian urut juga sisi punggung tersebut. Arahnya dari arah tulang punggung atas tersebut tolak ke bawah. Tolak sekitar kawasan pinggang juga dengan arah dari atas ke bawah/sisi. Kita akan rasa ada ketulan dengan jari samada ketulan panjang atau bulat. Buang segala ketulan yang ada itu. Selepas itu barulah bermulanya sesi urut belakang. Urut kedua belah otot belakang tersebut menggunakan permukaan ibu jari bermula dari pangkal punggung ke atas sampai bahu. Setiap ibu jari bagi setiap belah otot. Tekan dengan menggunakan berat badan.

Urut belakang bermula di otot pinggang yang terdapat di permulaan tulang punggung tersebut.Dalam gambarajah di atas ia bewarna putih.

Urut berkali-kali pada tempat yang sama pada otot tersebut.Kemudian mulalah urut naik perlahan-lahan hinggalah sampai ke bahu.Urut berulang kali. Kemudian kita urut sekali lagi otot tersebut dengan menggunakan kedua ibu jari bermula dari pangkal punggung hingga ke atas.

Mula-mula urut yang sebelah sini, kemudian nanti kita urut otot yang sebelah sana pula nanti. Otot/urat belakang yang normal, kalau kita urut dari permulaan sampai atas, permukaannya rata. Tidak ada bengkak. Otot/urat yang bermasalah, kita akan dapat rasai ada bengkak di mana-mana tempat sepanjang otot tersebut.

Jadi, yang harus kita buat adalah, tumpukan pada tempat yang bengkak di atas otot tersebut.

 Gosok dan hancurkan dengan permukaan ibu jari secara rileks sehingga ia mengecil dan hancur/hilang. Inilah yang dipanggil Sport Massage.

Kemudian kita urut otot sebelah sana pula. Setelah selesai, kita cuba rasa mana bahagian belakang badan tersebut yang mempunyai bengkak/angin. Hilangkannya sehingga ia rata. Urut juga di sebelah rusuk kiri dan kanan bermula dari punggung tolak sampai ke ketiak.

Hilangkan ketulan di  antara kawasan tersebut jika ada. Kemudian selepas semuanya selesai, kita boleh urut bahagian celah/bawah sekeliling tulang belikat. Hancurkan ketulan yang ada. Kemudian kita boleh tolak segala angin yang hancur yang kita telah urut tadi ke arah atas untuk dicuci di jantung.

Caranya, ambil tapak, letak di permulaan pinggang, tolak hingga sampai di bahu.Ulang beberapa kali. Akhir sekali, letakkan kedua tapak tangan.

Buat mcm rama rama. Letak di pinggang pesakit, tekan menggunakan berat badan, jangan angkat, kemudian pusingkan tapak tangan tersebut 45 darjah sehingga jari kedua tapak tangan tersebut bertemu dan kemudian pusingkan semula seperti asal, tolak ke bawah sehingga sampai ke bawah (sisi pinggang) hingga menyentuh lantai, kemudian tarik ke atas dengan cepat. Ulangkan beberapa kali. Alhamdulillah, sudah siap urut belakang.